Friday

Ia semalam

hari ini aku cuba merangkumi kesusahan manusia. merasai keperitan sakit yang biasa saja.
aku mula lembarkan kain hijau berbulu buatan turki itu. untuk kembali sujud ke tanah. asal usul aku. orang kata bila dah susah baru cari Nya. jari jari, kuku kuku; tangan aku susun rapat rapat. dengan harapan, tenang. "maafkan aku kerna baru kembali"

hari ini semua terpinga. mencari subjek yang dah habis, luput. sadis. kerna itu aku suka lari dari sini. manusia manusia yang buntu kasih sayang dan lali dengan kesunyian. yang seorangnya biasa dengan kebisingan itu kecil hati, aku tahu.

hari ini betul seperti kata kakak. aku terpinga. yang lain mengendah, kelihatan memuakkan saja. selalu aku ingin fahamkan mereka, selama sekian, ini yang aku terima? kelihatan bodoh untuk kau mungkin? tolong tanya kenapa. hidup seperti orang bodoh memang sadis. patutlah emak tak habis habis perihal tentang belajar. terima kasih, sekurang kurangnya dia prihatin.

malam ini, aku kuburkan penat lelah, letih lesu, segala penyakit, tubuhku;
di atas sehelai kain hijau berbulu buatan turki yang mengadap kiblat. berpakaian serba putih, sambil mengadu kepada Nya.

2 comments:

Fiq said...

kau berbahasa dengan bahasa aku. aku suka. aku follow blog kamu. kasi support and mau baca tulisan kau lagi.

Q said...

thanks fiq, kawan baru. :)