Thursday

mereka, itu saja yang ada.

A.R.M.A...

"hey apa kata kita jumpa?"
"oh okay juga"
"sabtu ni, hari koko"
"okay ja," panggilan dari dia.

"hey lihat ehem ehem kau tu, macam budak budak!" yaa memang tak nafi lagi. aku mengerling dia, tapi mungkin ini semua satu rahsia, tak mengapa. tamat saja perjumpaan koko ini yang mengarut sangat, aku jumpa dia. dan kami makan aiskrim macam kanak kanak, tak tipu! kawan kawan aku gelak kan saja.

"heh, mana gambar yang saya pesan?"
"ada ni.."
dia terus alihkan pandangan liurnya pada aiskrim dan keluarkan sesuatu dari beg,
"wow! album!"
"yaah itu yang awak nak kan?"
dalam hati aku,'errr tak mungkin berpuluh keping hingga capai kejayaan terciptanya satu album besar ni.."


M.A.H...

"dia main muzik?"
"yaah orang baru cuba cuba. dia pun main muzik juga?"
"kebetulan ya. orang nak pinjam buku yang itu"
"okay nanti orang bagi, jumpa di perpustakaan? orang bertugas pagi"

selang beberapa malam siang pagi sore tengahari petang senja, buku itu aku terima. tanpa ngerlingan pada mata mereka, aku cepat cepat berlalu dari situ, hilangkan diri. budak budak, masih malu. kawannya hanya tersengih sinis. 'heh sibuklah kau..'
hati perempuan, derianya kuat sangat. aku selak selak buku tu mana tahu ada semut mati ditengah tengah atau baki rambutnya tercicir diselakkan terakhir.
'ahhh surat!'
"heh, apa tu? surat dari dia?" kawan aku sibukkan diri
"iya! iya!" sambil senyum bagai orang nomad

selamat hari jadi
semoga hubungan ini kekal.


'auww tulisan kau terlalu cantik'


M.H.Z...

"hey nanti aku tolong kau rapat dengan dia okay?"
"haha thanks kawan"
"masalah selesai, kau kan kawan aku. tapi kau mesti belanja aku okay?"
dia tersenyum.

"alamak, aku sudah tolong, tapi dia masih tak pandang kriteria lelaki melayu terakhir kau la. nak buat macam mana lagi?"
"hurmm tak apa, kau biarkan saja. aku juga sudah cuba. mendapatkan dia macam nak tunggu pokok rambutan berbuah durian"
perbualan sebagai teman memang tak sahih lagi kalau tak ada unsur jenaka. dia semakin dekat dengan ku. aku tak mungkin ada perasaan. 'tak mungkin! wake up Q!'

"ini hadiah untuk kau."
'lelaki ni akhirnya dapatkan juga aku sesuatu. bodek punya hal.' hampir cecah pertengahan tahun. kawan kawan aku semakin mengesyak keanehan dia.
"aku rasa dia ingin dapat kan kau"
"hello? tak mungkin!!"

"ini kali pertama aku beri hadiah pada perempuan. "


M.H.H...

musim sukan kian hampir. aku dan kawan kawan aku? 'ahh tak mungkin kita nak masuk sukan. lari pun semput. kawad nanti muka kita diconteng pula. ahh tak ada kerjalah.'

"heh korang, lihat mereka tu. macam ada seseorang yang menarik pandangan lah. kita bagai di magnetic field!" kawan kawan aku gelak saja. telatah kami tak ada siapa yang boleh tahan dari terbahak. ada ada saja pelajar sekolah berpagar biru ni buat hal.
"yang manis tu? dia macam pandang kita"
'yang hitam manis? aku terbangkan lipas kudung pada kau baru tahu... kau lari tak ingat dunia nanti. mana tak nya,kupu kupu masuk tudung sudah menangis. hahaha telatah kau yang tak pernah habis'

"in! kau jangan tak percaya. si hitam manis tu minta number kau!"
dan dari situ, hari itu, di situ, mulanya penyebab aku dan yang sebelum ini berpisah. tapi dia memang datang tepat pada masanya, benar benar tepat. bila dia buat aku sedar, melepaskan yang kita genggam untuk yang lebih baik.


S.R.S...

"budak kecik!"
dan aku cepat cepat menoleh. 'aku ke yang dipanggil tu? alamak terasalah aku kecik'
kemudian dia senyum. senyum gedik! sambil dihulur air yang paling buat aku jengkel, air wasabi!
"nahh. pegang ni" dia hulur sambil sebelah tangannya lagi menggenggam bakul besar.
'euwwww'
dia teman aku seiring menapak di tangga. kawan kawan aku, tampak keanehan di lukisan muka mereka. tertanya tanya.
"aku rasa dia ada sesuatu dengan kau"
"ahh tak mungkin! dia memang gedik gedik panas dengan semua perempuan. yang buat aku jengkel menggigit gigit,."

didepan khalayak. ayat ayatnya sedang diatur. aku boleh lihat di atas kepalanya menari nari burung kakak tua. rasa ingin ketuk saja. kawan aku disebelah sana. cuba untuk tutup deria. dia cuba capai sesuatu.
'ahh! surat ini.'
dia rampas dan ramuk kan. semua berhenti. tangan ini dia genggam sambil mengayat.

........start with letter Q
ends with N
it is a beautiful name
Q******N
would you be my soulmate?...

No comments: