Friday

malam sayang



malam ini Pahit, Tawar.
statik macam atap
hidup bersama lilin
jiwa kacau, deras macam hujan
sekilas teringatkan dia macam petir.
malam ini Taufan.
perasaan kalut macam ribut
air mata pasang surut macam banjir
hati terikut ikut terbawa dek puting beliung.
malam ini Sunyi.
pantulan cahaya lilin tak terdengar
kerna bilik ini kedap udara
kepul asap yang tambah sesak
tak terfikir untuk bernafas
tapi sejuk
hanya angin yang memeluk sepi.
malam ini kita keseorangan
tanpa dia
tanpa dia
ahhh aku harus lebih tabah
Semestinya..


apa yang kau kerjakan kalau kau tak punya siapa?

No comments: