Wednesday

penyihir bisu


mereka itu dulunya ceria
kelam kabut
tapi dunia ini buat mereka melatah
tak pandai menghargai.

dia itu pula hebat orangnya
pandai menutup duka
sampai aku fikir dia ini gila
yang tak pernah sedih tak pernah menangis.
dia bilang tampalan solekannya menutup semua
pahit,perit,sadis
ya,dia hanya berwatakkan badut.

tiba seorang penyihir bisu
yang lantang dengan sumpah
tapi layu dengan nada.
dia tak percaya sesiapa
cuba hidup dengan peraturan yang tak teratur
serabut habis.
aku fikir
lebih baik bisu
dari lantang dengan umpatan
dari menangis ketakutan.

bulan ini semua makhluk bergelut, memprotes, menyumpah, membenci dan menangis. selamat datang august.

6 comments:

Fiq said...

august datang bawak suwey~~
sebab tu bulan ogos bvulan halau antuu...

Q said...

hahahaha betul!

Najihah Najmi said...

boleh kasi polaroid itu tak dekat saya ?

Q said...

najihah, dah jual lah. dapat polaroid tu mmg best gla tpi sayang tk jumpa2 film dia lagi. so no point kalau ada camera tu :(

artistiksyurgaloka said...

q. nape jual polaroid tu?
the impossible project dah buat film baru tuk polaroid.
so dlm tahun dpn dgr2 akan ade di malaysia film tu.insyallh.
sayangnyaaa jual.

Q said...

betul ke?? arrrhhh. menyesal tak sudah. tkpelah, beli yg baru ;)