Wednesday

tua, sewel dan seterusnya

saat berjuta juta
minit berdas das
jam hidup mati
hari bermuka muka
bulan ketemu hilang
tahun
sudah tujuh belas.

hidup memang sesuai untuk dijalanan ibu kota
kau berlari kedek kedek
mahu berenang kuak lentang
tiada orang yang kesah
mungkin, satu dua
tapi dia ketawa dan pergi
siapa peduli?

langsung saja kau masuk berita
tentang kehebatan kau
alah, esok lusa sudah mati
basi.

aku hanya benci mereka
mereka yang dibenci
kerana mereka membencikan
penuh kebencian
aku benci bukan iri hati
pembetulan.

sudah tujuh belas.
kelakar aneh menakjubkan.

sayap separuh patah
hisapan suku rapuh
isipadu hati separuh isi
kondisi hanya sakit dan pulih
ah banyak kerapuan disini
maaf, jumpa lagi.


usia takkan jadi kiraan
selagi kondisi kau tak terletak pada angka.

No comments: